VITAMIN BAGI WANITA MENGANDUNG
- Hanis Shaheera Shamsudin
- Jan 17, 2021
- 3 min read
Updated: Jan 20, 2021
Pengenalan
Antenatal care
Vitamin merupakan ubat atau supplement tambahan yang boleh diambil oleh bayi seawal 0 bulan sehingga dewasa. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit dalam tubuh manusia. Vitamin juga membantu dalam proses pertumbuhan protein, karbohidrat dan lemak dalam badan. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel sel darah dan hormon. Cuma perlu difahami bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda.
Ia hanyalah tambahan nutrient bagi orang yang tidak mencukupi keperluan nutrient dalam badan. Sebagai contoh, wanita mengandung.
Pengambilan supplement vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrient yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan. Hal ini kerana, sesetengah wanita mengandung yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrient tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk dan sebagainya. Oleh sebab itu, Pengambilan vitamin dan supplement kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.
Nutrient penting yang diperlukan oleh wanita mengandung
1. Asid Folik (Folic Acid)
Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural (spina bifida) berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang rosak.

(Sumber: American Association 2011)
Jadi, Asid folik merupakan supplement yang paling penting terutamanya dalam trimester pertama kehamilan. Perlu diambil 400mcg (dos) setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Dosnya boleh bertambah(atas nasihat doctor) sekiranya pernah mengalami masalah kecacatan bayi pada kandungan dahulu, pernah mengambil sebarang ubat anti-epileptik atau si ibu menghidap penyakit kencing manis. Wanita mengandung juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi asid folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.
2. Zat besi
Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan.
Jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit.
Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.
3. Kalsium
Wanita mengandung juga memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki si ibu.
Kebiasaanya, supplement ini diambil oleh wanita mengandung yang alah pada susu sehingga tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam permakanan harian mereka. Pengambilan kalsium sehari dicadangkan untuk wanita mengandung sebanyak 1000mg (dos).
4. Omega-3
Pengambilan omega-3 DHA dan EPA ketika hamil, sama ada melalui atau kandungan makanan, mampu mengurangkan insiden kelahiran pramatang (sebelum 37 minggu dan sebelum 34 minggu) dan ia juga mungkin mengurangkan kelahiran bayi kurang berat badan. Wanita yang mengambil omega-3 ketika hamil juga mungkin mengalami kehamilan yang lebih panjang. Ikan merupakan sumber utama DHA dan EPA. Akan tetapi, pengambilannya mesti dirujuk kepada doktor terlebih dahulu.
5. Vitamin D
Vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari. Sumber makanan yang terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan salmon, telur dan daging.
Vitamin yang disarankan untuk wanita mengandung:
1. New Obimin
Vitamin dan mineral ini terdiri daripada Asid folik, kalsium, zat besi, Vitamin D dan iodine yang terdapat dalam kuantiti yang tertentu. Bahan-bahan ini merupakan sesuatu perkara yang penting bagi wanita yang sedang mengandung. Walaupun kesemua bahan-bahan ini boleh didapati daripada pemakanan. Ia masih diberi kepada wanita mengandung kerana risau mungkin terdapat kekurangan salah satu atau sebahagian daripada zat-zat tersebut.
2. Iberet Folic-500
Ia mempunyai nutrient untuk menambahkan sel darah merah ibu serta nutrient untuk perkembangan bayi di dalam kandungan. Bagi wanita hamil yang tidak mempunyai masalah kurang darah merah, mereka boleh mengambil obimin bagi kandungan tersebut. Iberet ini digunakan hanya bagi mereka yang mengalami kekurangan darah merah.
3. Caltrate 600+D
Caltrate 600+D merupakan vitamin D yang membantu memaksimalkan penyerapan kalsium dalam tubuh dan memperkuat tulang, sendi dan otot. Caltrate 600+D mengandung vitamin dan mineral lainnya.
4. Neuro gain PB
Neuro gain ni dilengkapi dengan keperluan DHA sesuai untuk wanita mengandung yang kurang mengambil ikan dan susu dalam keperluan harian. Neuro Gain ini baik untuk perkembangan otak bayi dalam perut wanita mengandung.
5. Promavit
Promavit adalah antara yang penting dikonsumsi oleh wanita mengandung untuk memenuhi keperluan mineral sepanjang kehamilan agar bayi yang dikandung tumbuh kembang dengan baik dan sihat. Suplemen ini tidak hanya baik dikonsumsi wanita ketika hamil, tetapi penting juga diambil ibu yang menyusukan untuk menambahkan susu.
6. Ascorbic Acid
Ascorbic acid atau vitamin C dapat meningkatkan sistem pertahan dalam tubuh dan pembentukan antibodi dalam tubuh. Vitamin C dapat menurunkan risiko infeksi bakteria dan virus dalam tubuh wanita mengandung. Hal ini penting untuk wanita mengandung. Hal ini kerana, umumnya terjadi penurunan daya tahan tubuh wanita sepanjang tempoh kehamilan.
Comments